Monday, December 10

cinta dunia

Assalamualaikum dan selamat ketemu kembali, almost 4months ta updates blog, rindunya kat blog ni, sekarang kasi makeup dlu then baru updates..macam2 hal dah berlaku sepanjang tahun 2012 ni, mungkin tahun nie memang tahun kiamat bgi aku, dan sekarang aku terkial2 mencari kehidupan kembali, mungkin lepasni aku kena lebih focus, mungkin aku lebih banyak berfikir, mungkin aku kena banyak belajar menjaga hati orang lain, dan mungkin aku kena belajar mendidik hati untuk menjadi lebih terbaek..

sebelum ni banyak kesalahan yang telah aku lakukan, antara kesalahan yang paling besar adalah memainkan perasaan seorang wanita, mungkin 2 mungkin 3, dan mungkin lebih dari tu, mungkin aku terlalu mentah dalam hal2 percintaan dunia, kerana aku gagal mencari cinta akhirat, mungkin dimata orang lain, aku nie begitu jahat, dan mungkin dimata orang lain juga aku ni begitu baik, tapi dimata hati sendiri masih mencari cari.. 

mungkin aku kena belajar menerima hakikat hakiki dunia yang sebenarnya dunia ni tak semuanya indah, tak semua kita inginkan akan kita senang2 dapat, dan ta semua orang yang kita sayang pasti milik kita, semua tu semntra, persahabatan dan percintaan perkara yang dicari tapi selalu gagal, kenape banyak sangat kemungkinan yang berlaku, kadang2 buat aku terpikir sehingga aku buntu dan terus melakukan kesalahan..

kepada cik ex, teruskan kehidupan awak, In shaa Allah, saya takan pernah mengungkit hal2 lama, kita masing2 buat salah, jadi masing2 harus memaafkan antara satu sama lain, dan pasti saya telah melukakan hati awak, dan kini aku dah alami sendiri pabila hati dilukai, jangan risaw saya dah dapat blasan ape yang saya lakukan, dan sekarang biar lahh esok lusa dan hari hari mendatang hati akan terubat dengan hadirnya insan yang benar2 ikhlas dengan kita..terima kasih segalanya :)

kepada cik future, please bimbing saya didunia ni, saya perlukan kedua tangan awak untuk membimbing saya supaya saya tidak melakukan perkara yang lepas, saya berharap saya berjaya mencari cinta dunia dan paling penting cinta akhirat bersama si dia sehingga ke akhir hayat, cita cita terbsar saya adalah menjadi imam kepada cik future, belajar untuk terima seadanya dan jangan terlalu mencari kesempurnaan, biar lah sekadar saling memahami dan saling ikhlas mencari keredhaanNya..In shaa Allah :)

kepada cik persahabatan, ikhlaskan hati untuk berkawan, ikhlaskan hati untuk menolong sahabat dah ikhlaskan hati menerima dugaan, dan ikhlasskan hati untuk memaafkan kesalahan sahabat..

kepada cik hati, teruskan tabahkan hati untuk melalui liku liku kehidupan yang kian mencabar, di masa akan datang lagi banyak cabaran dan dugaan yang menunggu, jadi penuhkan iman dan ilmu di dada..

sekian wasallam :)


1 comment:

Unknown said...

kepada anda, selamat maju jaya :)