Friday, August 3

kehidupan persahabatan dan percintaan

assalamualaikum dan salam ramadhan
peace yaw ^.^V

Alhamdulillah harini ramadhan yang ke 15, mase berlalu sangat cepat, sangat sangat cepat, tak sedar kita berjaya lalui semuanya dengan tabah dan berpuasa penuh kan.. tapi dalam secepat mase ni berlalu perlbagai dugaan dan perkara yang berlaku, mungkin aku tak pandai cerita kat sape2 masalah aku ni, sebab aku jenis tana menyusahkan orang lain terutama kawan kawan aku, aku jenis lebih suka mendengar masalah dari mencerita masalah aku.. kadang2 bile kawan aku sedih, aku jadi risau sangt, kalau aku ade kuasa hebat, aku akan tolong dia selesaikan dan buat dorang happy balik, tapi bile aku sedih, aku akan mendiamkan diri dan melihat mereka gembira.. mungkin aku rase bodoh tapi dalam kebodohan itu la kebahagian buat kawan2 aku..

aku kadang2 rase give up dalam hidup aku ni, tapi bile aku tengok kawan2 aku, aku jadi tabah, ramai kawan2 aku cakap aku caring, yeahh, mungkin tu satu kelebihan aku, aku caring kat semua orang, dalam caring aku tu membuatkan aku terseksa, caring aku disalah erti, aku tak salahkan kawan2 aku, mungkin salah aku sendiri, aku menghrapkan dorang caring cam aku juga, tapi sbnarnyaa tak, lain orang lain cara dorang melayan kawan2nya, kadang2 aku terase diabaikan oleh kawan2 tapi sbnarnya mereka take care pasal aku, cuma cara dorang lain..banyak lagi aku kena bljar erti persahabtan ni..

kadang2 aku pelik, adakah aku sorang je manusia yang selalu menangis sebb kawan2 sebb kebiasanya orng menangis sebb percintaan, tapi aku banyak menangis sebb persahatan, aku ingin kawan2 yang btui2 mmhami aku, mungkin ade 2 3 orang sangat2 mmhami aku, tapi , percaya semua tu adalah semntra je. lama2 dorang naik nyampah dengan aku, kadang2 dalam aku berkawan mungkin aku ade terguriskan hati kawan2 aku, sebb aku jenis cakap lepas dan suka bergurau, tapi kalau dorang btui2 ikhlas berkawan dengan aku, dia boleh terima gurau2 aku, sebb ade masenya memang aku suka bergurau, aku nak kawan2 aku happy dengan aku, tapi mungkin cara aku salah, tak semua org suka bergurau, tapi aku musykil, nape bile orang lain bergurau aku boleh terima, tapi bile ak bergurau, tak boleh terima? ape salah aku? ermmmm, abaikan, mungkin itu perasaaan semata2 *negative thinking

mungkin mase mengubah semuanya, hati manusiakan cepat berubah.. aku selalu gagal dalam persahbtan, mula2 persahbtan kami jadi rancak berkwan, sangat akrab sangat caring sangat bahgia, semuanya cerita bersama, tapi semuanya jadi semntara, sangat sekejap, sekelip mata hati masing2 berubah, knpe jadi camtu? aku selalu bertanya kat diri aku.. ape salah aku? mungkin ade salah aku nape aku tak dimaafkan? sebb bile kawan2 aku buat salah, aku berlapang dada untuk memaafkan sebb aku sayang kawan2 aku, siapa aku yang tana memaafkan orang lain? aku bukan Nabi, aku manusia biasa, aku pon buat silap, jadi nape aku tak boleh maafkan orang lain kan?

takpe mungkin dorang tana berkawan dengan aku dah, takpe aku terima, sebb aku bukan kawan yang baik, ramai lagi yang boleh jadi kawan dia, tapi aku mohon satu je, aku rendahkan ego seorang lelaki untuk persahabtan ni, sekiranya tana berkwan dengan aku, jangan sesekali mencerita pasal aku kat kawan2 yg lain, mungkin kaw akan pandang aku faiz yang dlu, tapi kita manusia, kita akan berubah, jangan samakan aku yang dlu dengan sekarang dah, tolong laaa *for certain person must read this*

ape2 pon terima kasih menjadi kawan aku, kita semuanya hidup sekali je dalam dunia ni, jadi semuanya adalah kenangan dan pengalaman yang mematankan fikiran aku, aku jadi cepat matang dari kawan2 aku sendiri, aku selalu akhirnya doa2 aku untuk kawan2 aku, untuk aku memaafkan semua kesalahan dorang dan juga supaya dorang memaafkan aku..

aku cemburu dengan orang lain yang pandai berkawan dan pandai menjaga hati kawan2 dan semua orang suka berkwan dengan dia, tapi aku percaya Allah dah aturkan life aku baik2, cuma aku je taktau kot...kalau boleh aku nak je tanya kat orang tu, camne kaw berkwan ea, camne kaw lyn2 kawan kaw, camne kwan2 yang lain suka berkwan dengan aku, adekah care aku salah? camne aku nak memperbtulkan semua tu? ermmmmm

aku bukan bajet baek bukan bajet alim, aku tahu aku manusia biasa, bile aku buat kesilapan aku selalu bercakap kat diri aku, sampai bile aku akan terus buat dosa2 yang lalu, aku selalu berdoa supaya aku berubah jadi lebih baik, tu jee, kadang2 post aku kat twitter dan facebook, membuatkan orang berfikir aku bajet alim, kenape aku dilabelkan camtu sebaliknya aku benar2 ingin berubah.. bile kawan2 ak post2 keagamaan aku jadi gembira dan selalu berfikir dia nak berubah, tapi bile aku buat camtu aku dilabelkan bajet alim? takpe laa, bukan salah dia, Allah sentiasa ade untuk aku, tu aku sentiasa membuatkan aku jadi lebih kuat untuk berubah...

aku perlukan mase, aku nak berubah secara perlhan2, aku tana terus mendadak berubah sebb pasti itu hanya semntra, aku tana camtu, aku nak kekal sampai nyawa aku ditarik, aku nak mati dengan tenang, dengan amalan2 baik aku, aku nak tenang di alam sane, aku nak semua orang rase kehilangan aku dan sentiasa mendoakan aku membacekan yaasin utuk aku, inshaAllah :)

last but not least, aku berterima kasih pda mereka yang selalu support aku dari belakng, aku tahu korang nak selalu ade untuk aku, cuma aku je tak nampak semua tu, tolong doakan aku k.. kpda mereka yang tana berkwan dengan aku, takpe.. aku paham dalam persahbtan ni tak boleh pakse2, biarlaa hati jadi ikhlas untuk berkwan, tapi aku mohon maafkan aku, lepastu lupakan faiz amir dalam fikiran dan jangan hukum aku dengan mmbwak mulut psal aku, aku tahu tu hak masing2 tapi aku ade hak menjaga nama baik aku, seperti mna aku mnjga nama korang semua :)

cukup laa dengan 100patah perkataan yang kluar dari hati aku yang seikhlas yang perlu kwan2 aku perlu tahu... salam ramadhan dan selamat berpuasa, semoga ramadhan tahun ni ramadhan adalah ramadhan terbaik yang pernah kita lalui, inshaAllah :)

1 comment:

eikynsilent said...

Allah sentiasa atur hidup hambaNya dgn baik :)
dan ingatlah,x de sape yg dapat ubah nasib sendiri kalo diri sendiri tak berubah.
wish u luck during exploring your life :)